Taklimat Pengurusan Disiplin kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Guru Disiplin dan Kaunselor telah diadakan pada 26 Mei 2010 di Dewan Besar SMK Tanjung Puteri, Kuala Ketil. SMKPP diwakili oleh En Omar bin Ali selaku Penolong Kanan HEM, En Mohd Noor guru disiplin dan En Khairil Anuar selaku kaunselor pelajar. Taklimat disampaikan oleh wakil-wakil daripada JPN kedah. Penyelia Kaunseling JPN Tn Hj Che Jamin b. Md Arshad menegaskan tugas-tugas kaunselor yang merangkumi kes tindakan disiplin pelajar. Beliau juga mengingatkan pihak pengurusan sekolah agar tidak menyediakan jadual kelas untuk kaunselor agar peranan sebenar kaunselor dapat dijalankan dengan senpurna. Pen. Pengarah Kanan Disiplin En Zahari bin Abd Rashid dari JPN menerangkan tentang prosedur tindakan disiplin pelajar. Kerjasama antara HEM, guru disiplin dan peranan kaunselor dalam setiap tindakan disiplin pelajar. Antaranya setiap tindakan disiplin keatas pelajar perlu disusuli dengan sesi kaunseling dan laporan daripada kaunselor supaya tindakan susulan dapat dilakukan dengan sempurna. Taklimat ini berakhir pada pukul 2.00 petang dan banyak membari panduan dan manfaat kepada pengurusan disiplin pelajar agar dapat membendung masalah di kalangan pelajar.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH. TEL & FAX : 044721422
Thursday, May 27, 2010
Sunday, May 16, 2010
Jasamu Guru Dikenang Selalu
16 hb Mei 2010 sekali lagi menjadi tarikh keramat kepada pendidik di seluruh Malaysia khususnya di SMKPP. Telah mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti dan acara sambutan telah diadakan. Antaranya, perhimpunan khas sempena hari guru, persembahan murid, sukaneka, persembahan guru dan jamuan. Program bermula pada pukul 8.00 pagi, para guru guru diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang ke dewan. Perutusan hari guru daripada Ketua Pengarah dan Menteri Pelajaran yang disampaikan oleh PK Kurikulum dan Tuan Pengetua. Majlis memotong kek oleh Tuan Pengetua dan diikuti dengan persembahan pelajar,. Para guru memeriahkan suasana dengan acara sukaneka seperti acara petanque, baling selipar dan mengisi air dalam botol. Guru amat 'sporting' pada hari ini apabila mempersembahkan nyanyian dan pelbagai persembahan untuk hiburan anak didik tersayang. selepas jamuan tengahari semua guru Islam ke surau untuk bersama-sama menunaikan solat zohor dan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua. Selamat Hari Guru.
Thursday, May 6, 2010
MATRIKULASI BERSAMA PELAJAR
Pada hari ini 06 Mei 2010, pihak Kaunseling SMKPP telah menganjurkan program Matrikulasi bersama pelajar. Bertempat di Makmal ICT SMKPP seramai 45 pelajar daripada kelas 5A dan 4A yang mengambil Matematik Tambahan hadir dalam taklimat ini. Dalam program ini para pelajar diberi pendedahan oleh pensyarah daripada Matrikulasi Changloon. Program ini menjawab pertanyaan palajar tentang peluang-peluang dan cabaran-cabaran program matrikulasi. En Azmi pensyarah Matrikulasi memberi penerangan khusus kepada para pelajar tetang cara pembelajaran dalam program matrikulasi. Malah para pelajar juga diberi ujian personaliti minat oleh En Azmi untuk mengesan kebolehan dan minat pelajat terhadap program yang akan dipohon. Ucapan terima kasih kepada pihak matrikulasi yang sudi hadir memenuhi impian pelajar. Semoga program ini dapat menarik minat pelajar dan menjadi motivasi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM.
Wednesday, April 28, 2010
PROGRAM WARIS PRIHATIN TINGKATAN 3 & 5
Program waris prihatin tingkatan 3 dan 5 telah diadakan pada hari Selasa 27 April 2010. dalam program ini ibu bapa waris pelajar hadir untuk menandatangani rekod kemajuan anak mereka. Sesi bersama guru tingkatan yang diadakan di kelas mereka dapat membantu ibu bapa berbincang dengan guru kelas anak mereka berkaitan prestasi pelajaran di sekolah. Terima kasih kepada semua waris yang hadir memberi sokongan de mi kebaikan dan kejayaan anak-anak. Harapan kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP agar objektif mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan sekolah tercapai. Semoga para waris akan sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Seramai 143 orang waris hadir memberi sokongan dalam program ini. Diharap jumlahnya akan bertambah pada masa akan datang.
Tuesday, April 27, 2010
PROGRAM SAMBUTAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Sempena Sambutan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah, pelbagai program telah diatur antaranya ialah Pameran daripada AADK dan ceramah kesihatan. Dalam program yang diadakan pada hari Khamis 15 April 2010 ini, pihak AADK telah menjalankan satu pameran khusus berkaitan dengan dadah. Manakala pihak Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pegawai Kesihatan Daerah telah mengadakan ceramah yang bermula pada pukul 12 tengahari dan disampaikan oleh En Mohd Radzi bi Abd Hamid. Ucapan terima kasih kepada pihak AADK dan Pejabat Kesihatan atas bantuan dan sokongan dalam program ini.
PENUTUP BULAN ANTI DADAH
Penutup Bulan Anti Dadah Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Rabu 22 April 2010. Dalam program ini pihak polis daripada IPD Baling telah hadir memberi ceramah berkaitan jenayah dan Keselamatan Jalan Raya. Hari Rabu juga merupakan hari kokurikulum bagi Unit beruniform. Ucapan terima kasih kepada Chif Inspector Nasrul bin Rosli yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah bersama 2 rakannya, Chif Inspector dari bahagian siasatan Jenayah dan Chif Inspector dari Unit Trafik. Tuan Pengetua berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada pihak polis sebagai ucapan terima kasih atas sokongan dan kehadiran polis dalam program seperti ini.
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
