SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH. TEL & FAX : 044721422

Tuesday, April 27, 2010

PROGRAM SAMBUTAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH



Sempena Sambutan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah, pelbagai program telah diatur antaranya ialah Pameran daripada AADK dan ceramah kesihatan. Dalam program yang diadakan pada hari Khamis 15 April 2010 ini, pihak AADK telah menjalankan satu pameran khusus berkaitan dengan dadah. Manakala pihak Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pegawai Kesihatan Daerah telah mengadakan ceramah yang bermula pada pukul 12 tengahari dan disampaikan oleh En Mohd Radzi bi Abd Hamid. Ucapan terima kasih kepada pihak AADK dan Pejabat Kesihatan atas bantuan dan sokongan dalam program ini.

1 comment:

  1. Salam sejahtera,
    Pandangan secara peribadi, sudah tiba masanya utk unit kaunseling melebarkan langkah jauh kehadapan untuk membendung gejala sosial dikalangan pelajar sekolah terutamanya SMKPP dengan pelbagai permasalahan dewasa ini. Insyallah saya akan cuba memberi sedaya upaya kekuatan yang ada utk sama-sama membantu. Semoga pelajar-pelajar kita akan terus cemerlang dalam pembangunan sahsiah yang berkualiti tinggi, insyallah.

    ReplyDelete