SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH. TEL & FAX : 044721422

Sunday, May 16, 2010

Jasamu Guru Dikenang Selalu

 
 
16 hb Mei 2010 sekali lagi menjadi tarikh keramat kepada pendidik di seluruh Malaysia khususnya di SMKPP. Telah mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti dan acara sambutan telah diadakan. Antaranya, perhimpunan khas sempena hari guru, persembahan murid, sukaneka, persembahan guru dan jamuan.  Program bermula pada pukul 8.00 pagi, para guru guru diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang ke dewan. Perutusan hari guru daripada Ketua Pengarah dan Menteri Pelajaran yang disampaikan oleh PK Kurikulum dan Tuan Pengetua. Majlis memotong kek oleh Tuan Pengetua dan diikuti dengan persembahan pelajar,. Para guru memeriahkan suasana dengan acara sukaneka seperti acara petanque, baling selipar dan mengisi  air dalam botol. Guru amat 'sporting' pada hari ini apabila mempersembahkan nyanyian dan pelbagai persembahan untuk hiburan anak didik tersayang. selepas jamuan tengahari semua guru Islam ke surau untuk bersama-sama menunaikan solat zohor dan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua. Selamat Hari Guru.

2 comments:

  1. Syabas kepada unit kaunseling kerana sering memperkemas kinikan laman blog ini dengan pelbagai info-info terkini..Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi manafaat yang tidak terkira harganya dimata dunia juga utk alam akhirat, insyallah

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar mgk..

    ReplyDelete