SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH. TEL & FAX : 044721422
Wednesday, April 28, 2010
PROGRAM WARIS PRIHATIN TINGKATAN 3 & 5
Program waris prihatin tingkatan 3 dan 5 telah diadakan pada hari Selasa 27 April 2010. dalam program ini ibu bapa waris pelajar hadir untuk menandatangani rekod kemajuan anak mereka. Sesi bersama guru tingkatan yang diadakan di kelas mereka dapat membantu ibu bapa berbincang dengan guru kelas anak mereka berkaitan prestasi pelajaran di sekolah. Terima kasih kepada semua waris yang hadir memberi sokongan de mi kebaikan dan kejayaan anak-anak. Harapan kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP agar objektif mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan sekolah tercapai. Semoga para waris akan sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Seramai 143 orang waris hadir memberi sokongan dalam program ini. Diharap jumlahnya akan bertambah pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas kepada yang telah menjayakan program jaya waris ini. Semoga dengan kehadiran para waris bukan saja dapat menyelami hal yang berlaku di sekolah malah dapat memberi suntikan semangat kepada anak masing-masing agar mereka akan terus bergiat cemerlang dari masa ke semasa.... Disamping itu sekiranya terdapat program motivasi khas buat waris juga amatlah digalakkan kerana dengan ini akan dapat memberi kesedaran kepada semua waris bahawa kejayaan anak-anak adalah datangnya dari sokongan dari kedua orang tua.. Wallahualam
ReplyDelete