SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH. TEL & FAX : 044721422

Monday, March 22, 2010

URIN TEST











Ujian air kencing telah dijalankan pada 22 Mac 2010 bertempat di Makmal Sains SMKPP. Ujian telah dijalankan kepada 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kategori. Pihak AADK telah memainkan peranan yang penting dalam menjalankan ujian ini. Hadir bersama ialah En Zulkifli bin Mohamad daripada PPD Baling Sik. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah membantu melancarkan perjalanan urin test ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak AADK dan PPD Baling Sik yang sudi hadir bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Anti Dadah Peringkat Sekolah.

Sunday, March 21, 2010

SAMBUTAN BULAN ANTI DADAH


Sambutan bulan anti dadah peringkat sekolah bermula pada 21 hb Mac 2010 dan berakhir pada 21 April 2010. Program sambutan bulan anti dadah ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKPP, Tn Hj Khadri bin Mohd Salleh. Pelbagai program telah diatur sempena bulan anti dadah ini. Program ini bertujuan menyedarkan pelajar dan warga sekolah tentang bahaya dadah. Semoga program seperti ini akan mendapat sambutan daripada semua warga SMKPP.