SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH. TEL & FAX : 044721422

Wednesday, April 28, 2010

PROGRAM WARIS PRIHATIN TINGKATAN 3 & 5


Program waris prihatin tingkatan 3 dan 5 telah diadakan pada hari Selasa 27 April 2010. dalam program ini ibu bapa waris pelajar hadir untuk menandatangani rekod kemajuan anak mereka. Sesi bersama guru tingkatan yang diadakan di kelas mereka dapat membantu ibu bapa berbincang dengan guru kelas anak mereka berkaitan prestasi pelajaran di sekolah. Terima kasih kepada semua waris yang hadir memberi sokongan de mi kebaikan dan kejayaan anak-anak. Harapan kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP agar objektif mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan sekolah tercapai. Semoga para waris akan sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Seramai 143 orang waris hadir memberi sokongan dalam program ini. Diharap jumlahnya akan bertambah pada masa akan datang.

Tuesday, April 27, 2010

PROGRAM SAMBUTAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH



Sempena Sambutan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah, pelbagai program telah diatur antaranya ialah Pameran daripada AADK dan ceramah kesihatan. Dalam program yang diadakan pada hari Khamis 15 April 2010 ini, pihak AADK telah menjalankan satu pameran khusus berkaitan dengan dadah. Manakala pihak Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pegawai Kesihatan Daerah telah mengadakan ceramah yang bermula pada pukul 12 tengahari dan disampaikan oleh En Mohd Radzi bi Abd Hamid. Ucapan terima kasih kepada pihak AADK dan Pejabat Kesihatan atas bantuan dan sokongan dalam program ini.

PENUTUP BULAN ANTI DADAH



Penutup Bulan Anti Dadah Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Rabu 22 April 2010. Dalam program ini pihak polis daripada IPD Baling telah hadir memberi ceramah berkaitan jenayah dan Keselamatan Jalan Raya. Hari Rabu juga merupakan hari kokurikulum bagi Unit beruniform. Ucapan terima kasih kepada Chif Inspector Nasrul bin Rosli yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah bersama 2 rakannya, Chif Inspector dari bahagian siasatan Jenayah dan Chif Inspector dari Unit Trafik. Tuan Pengetua berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada pihak polis sebagai ucapan terima kasih atas sokongan dan kehadiran polis dalam program seperti ini.

Tuesday, April 20, 2010

KISAH HALIMATON


Dapatkan berita-berita terkini Halimaton Abd Rashid dalam 'Kisah Halimaton'.

Saturday, April 10, 2010

KEM SOLAT







Kem Solat SMKPP untuk pelajar tingkatan 1 telah dilaksanakan pada 1 dan 2 hb April 2010. Kem solat dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Asrama SMKPP telah dijalankan oleh orang yang berpengalaman dan terlibat untuk motivasi islam pelajar. kem solat ini juga telah dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 4 penghuni asrama. Ucapan terima kasih kepada pengetua, penolong-penolang kanan, guru-guru kanan dan guru SMKPP yang turut terlibat dalam program ini. Semoga kem seperti ini dapat memberi pendedahan dan berjaya membentuk insan berilmu dan berakhlak mulia. Insyaallah....