SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH. TEL & FAX : 044721422

Thursday, May 27, 2010

TAKLIMAT PENGURUSAN DISIPLIN

Taklimat Pengurusan Disiplin kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Guru Disiplin dan Kaunselor telah diadakan pada 26 Mei 2010 di Dewan Besar SMK Tanjung Puteri, Kuala Ketil. SMKPP diwakili oleh En Omar bin Ali selaku Penolong Kanan HEM, En Mohd Noor guru disiplin dan En Khairil Anuar selaku kaunselor pelajar. Taklimat disampaikan oleh wakil-wakil daripada JPN kedah. Penyelia Kaunseling JPN Tn Hj Che Jamin b. Md Arshad menegaskan tugas-tugas kaunselor yang merangkumi kes tindakan disiplin pelajar. Beliau juga mengingatkan pihak pengurusan sekolah agar tidak menyediakan jadual kelas untuk kaunselor agar peranan sebenar kaunselor dapat dijalankan dengan senpurna. Pen. Pengarah Kanan Disiplin En Zahari bin Abd Rashid dari JPN menerangkan tentang prosedur tindakan disiplin pelajar. Kerjasama antara HEM, guru disiplin dan peranan kaunselor dalam setiap tindakan disiplin pelajar. Antaranya setiap tindakan disiplin keatas pelajar perlu disusuli dengan sesi kaunseling dan laporan daripada kaunselor supaya tindakan susulan dapat dilakukan dengan sempurna. Taklimat ini berakhir pada pukul 2.00 petang dan banyak membari panduan dan manfaat kepada pengurusan disiplin pelajar agar dapat membendung masalah di kalangan pelajar.

Sunday, May 16, 2010

Jasamu Guru Dikenang Selalu

 
 
16 hb Mei 2010 sekali lagi menjadi tarikh keramat kepada pendidik di seluruh Malaysia khususnya di SMKPP. Telah mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti dan acara sambutan telah diadakan. Antaranya, perhimpunan khas sempena hari guru, persembahan murid, sukaneka, persembahan guru dan jamuan.  Program bermula pada pukul 8.00 pagi, para guru guru diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang ke dewan. Perutusan hari guru daripada Ketua Pengarah dan Menteri Pelajaran yang disampaikan oleh PK Kurikulum dan Tuan Pengetua. Majlis memotong kek oleh Tuan Pengetua dan diikuti dengan persembahan pelajar,. Para guru memeriahkan suasana dengan acara sukaneka seperti acara petanque, baling selipar dan mengisi  air dalam botol. Guru amat 'sporting' pada hari ini apabila mempersembahkan nyanyian dan pelbagai persembahan untuk hiburan anak didik tersayang. selepas jamuan tengahari semua guru Islam ke surau untuk bersama-sama menunaikan solat zohor dan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua. Selamat Hari Guru.

Thursday, May 6, 2010

MATRIKULASI BERSAMA PELAJAR

Pada hari ini 06 Mei 2010, pihak Kaunseling SMKPP telah menganjurkan program Matrikulasi bersama pelajar. Bertempat di Makmal ICT SMKPP seramai 45 pelajar daripada kelas 5A dan 4A yang mengambil Matematik Tambahan hadir dalam taklimat ini. Dalam program ini para pelajar diberi pendedahan oleh pensyarah daripada Matrikulasi Changloon. Program ini menjawab pertanyaan palajar tentang peluang-peluang dan cabaran-cabaran program matrikulasi. En Azmi pensyarah Matrikulasi memberi penerangan khusus kepada para pelajar tetang cara pembelajaran dalam program matrikulasi. Malah para pelajar juga diberi ujian personaliti minat oleh En Azmi untuk mengesan kebolehan dan minat pelajat terhadap program yang akan dipohon. Ucapan terima kasih kepada pihak matrikulasi yang sudi hadir memenuhi impian pelajar. Semoga program ini dapat menarik minat pelajar dan menjadi motivasi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM.