SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH. TEL & FAX : 044721422

Saturday, November 27, 2010

Kem Survivor 2 Kembara Beris Resort

Penutup kepada Program Selepas PMR 2010 (SEPEPER), Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPP telah menganjurkan Kem Survivor 2 bertempat di Kembara Beris Resort, Puncak Beris. Program Selepas PMR 2010 telah membuat satu perubahan dengan menganjurkan perkhemahan kem Survivor ketahanan diri kepada pelajar tingkatan tiga. Program ini di adakan di Kembara Beris Resort yang terletak di Puncak Beris.  Seramai 36 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 19 peserta lelaki dan 17 peserta perempuan. Semua peserta telah dibentuk dalam 6 kumpulan yang terdiri daripada 6 dan 7 orang dalam setiap kumpulan. Dalam program ini peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan ketahan diri individu dan kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kembara merentas rimba, kembara berjalan kaki, mempelajari teknik memancing dan pertandingan memancing.  Seramai tiga orang guru perempuan mengendalikan makanan peserta iaitu Puan Rozila bt Bahari, Cik Normazlina bt Saidon dan Cik Zainatul Kasmah. Sementara empat orang guru bertindak sebagai jurlatih program yang terdiri daripada En Zaini bin Abdullah, Encik Ismi Kamarul Sham bin Ismail, Encik Khairil Anuar bin Ishak dan Encik Yusman bin Yusof.  Dalam program ini juga para peserta didedahkan dengan sembahyang solat fardhu berjemaah dan Qiamullail. Setiap peserta yang menyertai program ini dapat bekerjasama dengan baik dan telah mengadakan pembentangan program kumpulan setelah balik daripada sekolah. Dengan cuaca yang kurang baik telah membentuk ketahanan diri dan kerjasama kumpulan yang kukuh.  Selepas pulang daripada program ini peserta telah diberi peluang melawat ladang anggur Tasik Beris yang merupakan satu-satunya ladang anggur yang terdapat di sini. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan juga kepada Puan Jamsiah dan Puan Che Maznah yang turut menghantar peserta ke tapak perkhemahan. Semoga program seperti ini menjadi program tahunan dan mendapat sokongan yang sepatutnya. Program kali ini menjadi program Perkhemahan Rukunegara yang menggunakan sepenuhnya wang kelab rukunegara.