SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT PANJANG 09200 KUPANG, KEDAH. TEL & FAX : 044721422

Friday, July 30, 2010

TEKNIK MENJAWAB PMR

Bermula 19 Julai 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan bengkel teknik menjawab PMR bagi pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Kepakaran guru-guru dan pemeriksa kertas PMR digunakan untuk tujuan ini. Guru-guru di SMKPP dan dari luar dijemput bagi memartabatkan kecemerlangan bakal pelajar-pelajar cemerlang PMR. Antara guru yang menjayakan Teknik Menjawab PMR ini ialah:
1. En Zainol Abidin bin Said (SMKA SIK)  Matematik.
2. Pn Rozila Bahari dan Pn Wan Rosmini (SMKPP)  Bahasa Melayu.
3. En Nadzli bin Husain (SMK Gulau) Bahasa Inggeris.
4. Ustaz Mohd Fauzi b. Baharom (SMK Teloi Kanan) Pendidikan Islam.
5. En Abu Bakar bin Ahmad (SMKA SIK) Sejarah.
6. Pn Hajah Maheran bt yaakob (SMK Baling) Sains.
7.Ustaz Kamaruddin bin Ibrahim (SMKPP) Bahasa Arab.

Dalam teknik menjawab PMR juga telah diselitkan juga motivasi Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang telah disampaikan oleh En Syamsul Azura bin Mohd Yusof daripada IPG Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Friday, July 9, 2010

Program kecemerlangan Ilmu Pendidikan

Pada 27 Jun 2010, Program kecemerlangan ilmu pendidikan anjuran Yayasan Pelajaran Mara(YPM) telah memilih 2 buah sekolah di daerah Baling iaitu Sekolah Model Khas baling dan SMK Parit Panjang. Program ini telah dirasmikan oleh En Zainal Rashid b Zakaria Pengurus Pengurusan Program YPM. 2 orang penceramah dan pengendali program telah melaksanakan tugas dengan berkesan. Sasarannya adalah bakal calon SPM tahun ini. Pihak kaunseling SMKPP telah berkerjasama dengan YPM bagi melancarkan majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada YPM atas usaha dan kesedaran tanggungjawab terhadap kejayaan anak bangsa. Antara slot yang di jalankan ialah Strategi pelajar cemerlang, pengurusan pembelajaran strategik, pengurusan masa strategik, matlamat peperiksaan dab muhasabah diri.

Sunday, June 27, 2010

PROGRAM MOTIVASI & TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR

Program Motivasi dan Teknik menjawab soalan PMR anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah diadakan pada 25 - 26 Jun 2010 di Hotel Swiss Inn Sungai Petani. Seramai 10 orang pelajar daripada setiap sekolah yang telah dipilih berdasarkan pelajar cemerlang dan daripada keluarga berpendapatan rendah. Sebanyak 13 buah sekolah daripada seluruh negeri Kedah telah dipilih menyertai program ini. Setiap peserta bersama seorang guru pengiring dikehendaki menginap di hotel berkenaan. Program seperti ini dapat memberi keseronokan dan pengalaman baru kepada peserta. Setiap peserta di beri bahan dan tshirt daripada penaja program. Majlis penutup turut dihadiri Tn Hj Khadri bin Mohd Salleh, pengetua Smk Parit Panjang.

Monday, June 21, 2010

TAMAN TAMADUN ISLAM, TERENGGANU, MALAYSIA

Taman monument TTI menawarkan pelawat-pelawatnya pengalaman yang unik. memaparkan 21 buah menument Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated.

Thursday, May 27, 2010

TAKLIMAT PENGURUSAN DISIPLIN

Taklimat Pengurusan Disiplin kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Guru Disiplin dan Kaunselor telah diadakan pada 26 Mei 2010 di Dewan Besar SMK Tanjung Puteri, Kuala Ketil. SMKPP diwakili oleh En Omar bin Ali selaku Penolong Kanan HEM, En Mohd Noor guru disiplin dan En Khairil Anuar selaku kaunselor pelajar. Taklimat disampaikan oleh wakil-wakil daripada JPN kedah. Penyelia Kaunseling JPN Tn Hj Che Jamin b. Md Arshad menegaskan tugas-tugas kaunselor yang merangkumi kes tindakan disiplin pelajar. Beliau juga mengingatkan pihak pengurusan sekolah agar tidak menyediakan jadual kelas untuk kaunselor agar peranan sebenar kaunselor dapat dijalankan dengan senpurna. Pen. Pengarah Kanan Disiplin En Zahari bin Abd Rashid dari JPN menerangkan tentang prosedur tindakan disiplin pelajar. Kerjasama antara HEM, guru disiplin dan peranan kaunselor dalam setiap tindakan disiplin pelajar. Antaranya setiap tindakan disiplin keatas pelajar perlu disusuli dengan sesi kaunseling dan laporan daripada kaunselor supaya tindakan susulan dapat dilakukan dengan sempurna. Taklimat ini berakhir pada pukul 2.00 petang dan banyak membari panduan dan manfaat kepada pengurusan disiplin pelajar agar dapat membendung masalah di kalangan pelajar.

Sunday, May 16, 2010

Jasamu Guru Dikenang Selalu

 
 
16 hb Mei 2010 sekali lagi menjadi tarikh keramat kepada pendidik di seluruh Malaysia khususnya di SMKPP. Telah mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti dan acara sambutan telah diadakan. Antaranya, perhimpunan khas sempena hari guru, persembahan murid, sukaneka, persembahan guru dan jamuan.  Program bermula pada pukul 8.00 pagi, para guru guru diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang ke dewan. Perutusan hari guru daripada Ketua Pengarah dan Menteri Pelajaran yang disampaikan oleh PK Kurikulum dan Tuan Pengetua. Majlis memotong kek oleh Tuan Pengetua dan diikuti dengan persembahan pelajar,. Para guru memeriahkan suasana dengan acara sukaneka seperti acara petanque, baling selipar dan mengisi  air dalam botol. Guru amat 'sporting' pada hari ini apabila mempersembahkan nyanyian dan pelbagai persembahan untuk hiburan anak didik tersayang. selepas jamuan tengahari semua guru Islam ke surau untuk bersama-sama menunaikan solat zohor dan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua. Selamat Hari Guru.

Thursday, May 6, 2010

MATRIKULASI BERSAMA PELAJAR

Pada hari ini 06 Mei 2010, pihak Kaunseling SMKPP telah menganjurkan program Matrikulasi bersama pelajar. Bertempat di Makmal ICT SMKPP seramai 45 pelajar daripada kelas 5A dan 4A yang mengambil Matematik Tambahan hadir dalam taklimat ini. Dalam program ini para pelajar diberi pendedahan oleh pensyarah daripada Matrikulasi Changloon. Program ini menjawab pertanyaan palajar tentang peluang-peluang dan cabaran-cabaran program matrikulasi. En Azmi pensyarah Matrikulasi memberi penerangan khusus kepada para pelajar tetang cara pembelajaran dalam program matrikulasi. Malah para pelajar juga diberi ujian personaliti minat oleh En Azmi untuk mengesan kebolehan dan minat pelajat terhadap program yang akan dipohon. Ucapan terima kasih kepada pihak matrikulasi yang sudi hadir memenuhi impian pelajar. Semoga program ini dapat menarik minat pelajar dan menjadi motivasi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM.